Sejarah hidupku
Assalamualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah.
Ingin sekali aku kongsikan dengan pembaca semua tentang sejarah hidupku.Aku dilahirkan dihospital besar kangar pada tanggal 16.6.1965.mak dn bapakku seorang petani.aku membesar dengar penuh kasih sayang.aku anak bongsu dari 7 orang adik beradik.aku tinggal dikg long boh.pada tahun 1972 aku bersekolah disk long boh hingga darjah 4.,memasuki darjah 5 aku sambung belajar disk tambun tulang hingga memasuki darjah 6 penggal 1.selepas itu bapaku amanahkn kepada abgku yg berkhidmat sebagai tentera dn aku bersekolah disk setapak dn tinggal bersama abang diwardieburn camp setapak.aku disk setapak tak lama.pada penggal ke3 aku kembali bersekolah diperlis iaitu sek tengku budriah arau.apabila tiba untuk memasuki sekolah menengah,bapaku menghantarku ke sek men keb ugama p kgr hinggal tingkatan 5 dn menduduki spm.aku hanya lulus gred 3.aku mengambil spm ulangan pada tahun 1983 diakademi kgr.setelah itu aku menyambung pelajaranku kesek men nadhatul hadanah, melele,kdh utk mengambil syahadah.alhmdulillah aku lulus walau dengan pngkt makbul.
Aku begitu berminat dengan professionku sejak dibangku sekolah lagi.Selesai menamatkan pengajiannku di sm nadhatul hasanah,melele,aku mencuba nasibku,merantau ke Sungai Bakap.Aku kesana atas pelawaan teman karibku yang juga anak mudir madrasah irshadiah sg bakap,roz.Disana aku bertuah kerana bertemu dengan keluarga yang sangat baik,menganggap aku seperti keluarga sendiri.Aku mengajar pelajar pondok disana yang bakal menduduki SRP.Setelah setahun mengajar sambilan,aku mencuba melamar pekerjaan sebagai guru sandaran kontrak.Alhamdulillah aku diterima mengajar p.islam di sk permatang tok mahat nibong tebal.Lebih kurang dua tahun aku disana,aku cuba memohon mengajar disk sungai bakap,berhampiran tempat tinggalku.Alhamdulillah aku berjaya kesk sungai bakap pada tahun 1986.Disitu aku cuba memohon untuk mengikuti kursus perguruan di maktab perguruan.Syukur aku berjaya melepasi ujian bertulis yg dibuat disk Ayer Tawar.tak lama selepas itu aku dipanggil untuk temuduga dimaktab perguruan sultan abdul halim,sungai petani.Alhamdulillah aku berjaya dan ditawarkan ke maktab perguruan islam lembah pantai pada tahun 1987-1989.selepas menjalani praktikum disk kajang,aku ditempatkan disk pdg besar utara pada 3.12.1989 hingga 31.12.1990.aku berkahwin pada 24.5.1990.selepas itu aku mengikut suami yg bertugas sebagai tentera laut kesk seri manjung pada tahun 1991 hingga 1996.selepas itu aku berpindah ke sk pangkalan tldm 2 pada tahun 1997-2001.selepas suami bersara kami pulang ke perlis dan aku ditempatkan disk jln raja syed alwi selama 6 bulan.aku membuat permohonan pertukaran kekaw arau.pd thn 2002 aku ditempatkn disk guar nangka hingga tahun 2015.setelah itu aku bertukar ke sk pauh,juga selama 6 bln.pada tahun 2016 aku ditempatkan disrk seri indera hingga tahun 2018.pd bln 6 2018 aku ditempatkan sekali lg disk pauh sehingga kini.
Begitu perjalanan hidupku untuk dikongsikan dengan pembaca yang budiman.maaf diatas kelemahan bahasa yg aku guna.
Kini aku masih berkhidmat sebagai pendidik.doakn aku berjaya mnjdi pendidik yg berwibawa dn dicatat pahala oleh Allah azza wajalla.
Comments
Post a Comment